Waktu Solat

Wednesday, November 24, 2010

Tahniah kepada Calon UPSR SK Marang

Tahniah!! diucapkan kepada semua calon-calon UPSR SK Marang yang telah berjaya mendapat keputusan yang baik terutama kepada 19 orang yang telah mendapat 5A.
Cikgu doakan anda semua dapat meneruskan pembelajaran ke sekolah yang terbaik.
Ingatlah, dimana sahaja kaki mu berpijak, jangan lupa diri, keluarga dan agama mu. InsyaAllah masa depan yang cemerlang akan menanti mu.

Tuesday, October 26, 2010

GB Baru!

Selamat Datang diucapkan kepada Cikgu Mohd Radzali bin Abdullah, Guru besar SK Marang sekarang.

Sunday, July 25, 2010

PERKHEMAHAN SK MARANG 2010

Marang Bench Mark Visits

SK Langgar, Kota Bharu : Guru-guru Pra Sekolah Daerah Marang dan guru-guru Bimbingan Kaunseling terlibat dengan lawatan ini.

Saturday, May 22, 2010

Wednesday, April 14, 2010

PROGRAM PENGUMPULAN TANDATANGAN

14hb April 2010, Rabu ;
PROGRAM PENGUMPULAN TANDATANGAN Sempena Majlis Pelancaran Kami Prihatin Peringkat Negeri Terengganu di SK Marang

Program ini adalah berdasarkan Keputusan Mesyuarat Program Pengumpulan Tanda tangan Sempena Majlis Pelancaran "Kami Prihatin" Peringkat Negeri Terengganu 2010 bertarikh 12 April 2010 dipengurusi oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Che Ali Pegawai Daerah Marang. Semua sekolah menengah dan rendah dialu-alukan menyertai program ini yang berfokuskan penurunan semua tanda tangan di atas kain rentang sebagai SIMBOLIK pada tanda sokongan padu pihak sekolah dalam membenteras dan menanggani isu-isu berkaitan dengan masalah sosial seperti pembuangan bayi, jenayah seksual, penculikan, penderaan, pengabaian, penganaian kanak-kanak, rogol, cabul dan lain-lain.


Saturday, April 10, 2010

YDSM Smart English School & Zone Level

YDSM Smart English Perinkat Zon A, Marang telah berjaya di menangi oleh SK Gong Nangka, manakala, SK Marang telah mendapat tempat ke 2.. Tahniah semuanya!!!!

Sunday, March 14, 2010

Perarakan Maulidur Rasul SKM

Sambutan Maulidur Rasul di SK Marang tahun ini disambut dengan perarakan sekitar Bandar Marang. Hampir semua guru dan pelajar turut serta.

Guru Pelatih Menjalani SBE

Sepuluh orang guru-guru pelatih yang menjalani Program SBE di SKM selama seminggu. Semuanya dari beberapa IPGM Seperti IPG Kampus K. Bharu, IPG Kampus Bahasa dan lain-lain. Antara mereka adalah bekas pelajar sekolah ini.

Thursday, March 11, 2010

Majlis Tilawah Al Quran

SK Marang sebagai tuan rumah peringkat daerah.